Selasa, 16 September 2014

Sejarah Lukisan

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisahkan tentang kehidupan seharian sepeti perburuan dan pengembaraan. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.


Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di gua Niah Sarawak & Gua Tambun, Perak.Lukisan purba yang terkenal terdapat di beberapa gua di Perancis terutama di Gua Lascaux. Lukisan yang dijumpai di Gua Chauvet, Ardeche, Perancis dipercayai lukisan paling awal iaitu pada tahun 15000-13000 S.M. Lukisan tersebut menggambarkan sekumpulan kuda atau binatang perburuan yang dihasilkan oleh manusia pada zaman paleolitik.


Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan ‘komik’ yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.




Definisi Lukisan

Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja antaranya:

•     Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.

•     Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni  halus yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan dengan menggunakan media kering.

•     Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati & perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.

•     Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

•     Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi.


•     Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistik – ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika.

Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran) atau dunia imaginasi (dalaman) penyelidikan, kajian dan perakam peristiwa. Selain itu lukisan juga sebagai alat komunikasi idea serta data menyimpan memori pelukis bagi penghasilan karya terbaik dalam media pilihan.

Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya adalah milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan penemuan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah.

Apakah maksud hobi yang sebenarnya?

Setiap orang mempunyai minat mereka tersendiri. Minat itu sudah tentu merujuk kepada hobi. Apa itu hobi sebenarnya?
Hobi merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberi kepuasan dan memberi ketenangan jiwa kepada seseorang. Hobi tidak boleh dipaksa-paksa, tidak boleh dijual beli dan tidak boleh diwariskan. Tidak dinafikan juga hobi dilakukan megikut minat seseorang berdasarkan peredaran masa dan persekitaran. Tapi yang pasti, selagi seseuatu aktiviti itu memberi ketenangan dan kepuasan, iulah hobi.
Saya mempunyai bermacam-macam jenis aktiviti yang boleh diklasifikasikan sebagai suatu aktiviti yang berfaedah dan boleh ditakrifkan sebagai hobi. Antaranya, membaca, melukis, memasak dan  macam-macam lagi.

Sabtu, 13 September 2014

Jom Berkenalan Terlebih Dahulu

Hai, selamat berkenalan. Nama diberi Tengku Zainab binti Tengku Md Fauzi. Dilahirkan pada 12 Januari 1996 di Hospital Dungun, Terengganu tepat jam 5.00 pagi. Merupakan anak ke-6 daripada sembilan orang adik-beradik. Mempunyai tiga orang abang, dua orang kakak dan tiga orang adik.

Ayahku, Tengku Md Fauzi, dan ibuku, Wan Hindon, merupakan para pendidik. dan kini aku sedang mengorak langkah untuk mengikuti jejak langkah ibu bapaku untuk berjuang dalam bidang pendidikan.

Pada tanggal 12 September 2010, aku memperoleh kakak ipar yang pertama dan pada tanggal 29 Ogos 2014, aku memperoleh kakak ipar yang kedua. kini bilangan ahli keluargaku semakin bertambah dengan kehadiran kakak-kakak iparku dan dua orang anak saudara perempuanku yang comel-comel belaka.

Sekadar itu sahaja serba sedikit perkongsian mengenai ahli keluargaku.
Sekali lagi, "Selamat Berkenalan!"

Template by:

Free Blog Templates