Menurut Harris dan Sipay (1980), ia
menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang
bercetak atau bertulis.
Manakala Kenedy (1981), pula mendefinisikan
bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang
mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan
mentafsirkan maksudnya.
Jadi kesimpulanya, membaca boleh dirumuskan
bahawa satu proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang
bercetak dan bertulis (Haris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan
sebagai keupayaan seseorang itu mengencam bentuk visual dan menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan
akhirnya berupaya mentafsir maksudnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan