Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya
memetik beberapa sahaja antaranya:
•
Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya
dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari
perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti
yang berhubung dan tubuh badan.
•
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang
seni halus yang dihasilkan melalui
garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan dengan
menggunakan media kering.
•
Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual &
spiritual manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak
hati & perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk
berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
•
Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan
pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan
dan juga spiritual.
•
Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis
yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas permukaan
untuk dijadikan bahan dokumentasi.
•
Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan
dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistik – ini terbukti bahawa pelukis
perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya
emosi dan daya estetika.
Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran) atau dunia imaginasi (dalaman) penyelidikan, kajian dan perakam peristiwa. Selain itu lukisan juga sebagai alat komunikasi idea serta data menyimpan memori pelukis bagi penghasilan karya terbaik dalam media pilihan.
Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak
pelukis, tetapi ianya adalah milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil
menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai
meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan
penemuan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu
kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan
sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah.
0 ulasan:
Catat Ulasan