Isnin, 29 September 2014

Refleksi GKB 1053

                  Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurnianya, dapat saya menyiapkan satu tugasan subjek Kemahiran Belajar (GKB 1053) di bawah bimbingan pensyarah daripada Jabatan Teknologi Pendidikan iaitu Encik Hamzah bin Dollah. Melalui Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), saya dan rakan-rakan saya perlu menyiapkan lapan tugasan daripada subjek-subjek yang berlainan. Alhamdulillah pada 5 September 2014, saya dapat menyelesaikan tugasan-tugasan daripada subjek GKB1053 iaitu penyediaan blog dan penghasilan grafik dengan jayanya. Walaupun saya tersepit dengan tujuh tugasan yang lain, namun berbekalkan semangat yang cekal dan bimbingan daripada pensyarah dan rakan-rakan tugasan ini dapat diselesaikan.
            Pada 1 Julai 2014, saya dan rakan-rakan di bawah unit Pendidikan Pemulihan PPISMP memulakan kuliah dengan subjek Kemahiran Belajar di dalam sebuah kelas yang berada di tingkat tiga bangunan Anjung Budiman, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Kami dimaklumkan bahawa subjek ini mempunyai tiga jam kredit iaitu satu jam pada hari Selasa dan dua jam pada hari Khamis. Subjek ini lebih menekan kepada kemahiran-kemahiran generik yang perlu diperkembangkan di pusat pengajian tinggi seperti Institusi Pendidikan Guru. Antara kemahiran generik yang mesti ditekankan ialah kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran mentafsir dan menilai serta kemahiran teknologi maklumat. Kemahiran teknologi maklumat kini sangat penting untuk dipelajari sejajar dengan arus kemodenan yang dicapai oleh negara kita. Terdapat beberapa kebaikan yang saya peroleh sepanjang saya mempelajari subjek ini dan menyiapkan tugasan ini.
                Antaranya, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dalam subjek ini terdapat sembilan bab yang terdiri daripada Pengenalan Kemahiran Belajar, Pengurusan Pembelajaran, Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat, Teknik Membaca, Kemahiran Mengambil Nota dan Membuat Nota, Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis, Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer, Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Penyesuaian Sosial. Bab-bab ini sangat berguna untuk saya sebagai seorang guru pelatih dalam menimba ilmu pengetahuan. Namun begitu, sesetengah bab dalam subjek ini mengelirukan saya dengan perkataan-perkataan yang belum pernah saya jumpai. Contohnya, ‘mnemonik’, ‘perkhidmatan indeks dan abstrak’ dan ‘skimming’. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk berbincang dengan rakan-rakan dan berjumpa dengan pensyarah untuk membuat sedikit rujukan.
               Selain itu, saya dapat memudahkan proses pembelajaran. Teknik-teknik dalam subjek ini banyak berkisar kepada teknik untuk memudahkan seseorang pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan memudahkan proses mengingat. Contohnya, dalam bab Teknik Membaca, saya dapat membezakan antara skimming dan scanning dalam teknik pembacaan cepat. Selain daripada itu, saya juga dalam menggunakan ilmu berkenaan cara membuat nota dalam bab Kemahiran Mengambil Nota dan Membuat Nota seterusnya membentuk nota menggunakan pengetahuan berkaitan alat-alat berfikir dalam membuat nota. Namun begitu, masa yang sangat padat dalam aktiviti harian saya sebagai seorang guru pelatih membatas saya mengaplikasikan teknik-teknik ini dalam pembelajaran saya seperti menghasilkan nota yang sempurna menggunakan teknik-teknik. Oleh itu, saya telah membina jadual belajar dengan mengkhususkan masa saya untuk membaca dengan betul dan membuat nota dengan baik.
    Di samping itu, saya dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan komputer. Tugasan-tugasan yang perlu saya siapkan banyak melibatkan penggunaan aplikasi dalam komputer seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office PowerPoint, Microsoft Office Publisher dan Microsoft Office Excel   Dalam subjek ini, pensyarah saya banyak mendedahkan ilmu dan pengetahuan berkaitan penggunaan aplikasi dalam komputer dengan betul. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang celik IT menyebabkan saya sering berasa risau dan takut untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan dengan sempurna. Namun, setelah diberikan pendedahan yang baik dan mantap oleh Encik Hamzah saya berasa yakin dan lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi dengan kreatif dan menarik. Oleh itu, saya sering berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya berkaitan penggunaan aplikasi dalam komputer supaya memudahkan kerja-kerja saya yang akan datang.
        Seterusnya, saya dapat memupuk semangat berpasukan. Dalam mempelajari subjek ini, pensyarah saya telah membahagikan saya dan rakan-rakan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membuat pembentangan berdasarkan bab-bab yang diperoleh dalam kumpulan masing-masing. Bagi pembentangan pertama, saya mendapat bab tiga iaitu Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat. Antara ahli kumpulan saya ialah Nurhayati Fadila binti Ghani dan Siti Munirah binti Mustapha. Bagi pembentangan kedu pula, saya mendapat tajuk kecil dalam bab lima iaitu cara membuat nota dan alat-alat berfikir dalam membuat nota dan ahli kumpulan saya ialah Asyiah binti Zolkipli. Namun begitu, dalam membuat kerja berpasukan saya mengalami sedikit masalah seperti kekangan masa untuk berbincang. Oleh itu, saya dan ahli pasukan saya akan merancang masa dengan betul untuk berkumpul dan berbincang bagi menyiapkan tugasan diberi.
       Tambahan pula, saya dapat membina perasaan yakin di hadapan khalayak umum. Setelah menyiapkan tugasan dalam berpasukan, saya dan rakan saya perlu melakukan pembentangan di hadapan kelas. Saya merupakan seorang yang malu dan kurang yakin untuk bercakap di hadapan khalayak umum. Namun, apabila membuat pembentangan beramai-ramai bersama ahli kumpulan, saya mendapat keyakinan untuk melontarkan suara saya. Saya juga akan membuat penyelidikan dan pembacaan yang menyeluruh berkaitan tajuk yang akan dibentangkan supaya saya berasa lebih bersemangat dan yakin kerana saya tahu isi-isi yang akan saya bentangkan. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mendapat motivasi daripada rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah saya. Hal ini kerana saya merupakan seorang guru pelatih yang akan mengajar murid-murid di hadapan kelas.
               Akhir sekali, saya menjadi pandai menghasilkan blog dan penghasilan grafik. Dalam tugasan ini, saya perlu menyediakan sebuah blog dan sebuah penghasilan grafik. Selama ini tidak terlintas di fikiran saya untuk menghasilkan sebuah blog. Hal ini kerana, saya kurang menceburi bidang IT ini. Dalam penghasilan grafik pula, saya sering menghasilkan grafik yang kurang menarik. Oleh tu, Encik Hamzah telah mengajar saya berkaitan ilmu asas untuk menghasilkan blog. Setelah itu, saya dan rakan-rakan meneroka dan berkongsi ilmu untuk menghasilkan blog yang sangat menarik seperti  memasukkan lagu dan memasukkan gadjet-gadjet yang comel dan menarik. Encik Hamzah juga telah mendedahkan kepada saya tentang cara-cara menghasilkan pengurusan grafik menggunakan Slide Master  dan Hyerlink. Selain itu, beliau juga mengajar cara-cara memasukkan audio dan video dengan menukarkan audio dan video itu terlebih dahulu menggunakan aplikasi Format Factory dan Audacity 1.3 Beta.


Ahad, 28 September 2014

Akhirnya, Selesai Jua!

Alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillh.
Akhirnya, saya dan sahabat saya Asyiah binti Zolkipli selesai menyiapkan tugasan subjek Kemahiran Belajar (GKB1053) dibawah bimbingan Encik Hamzah bin Dollah.
Kami perlu menyiapkan satu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Kami perlu menggunakan semua ilmu yang telah diajar oleh Encik Hamzah seperti Hyperlink, Slide Master, masukkan audio dan video ke dalam tugasan saya.









 

Isnin, 22 September 2014

Resepi 3 : Daging Black Pepper

Daging Black Pepper 


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
 Daging 500gm (dihiris nipis)
 Sebiji kentang (dihiris nipis jugak, tapi jgn la nipis sgt)
 Mix vege atau broccoli (sayur nak tambah seri)
 Bawang (dihiris tak lah nipis sgt, tebal sikit dari daging)
 Minyak masak (wajib ada)
 Serbuk Black Pepper dari Maggi
 Kicap manis cap kipas udang (cap tamin pun ok je)

Cara-cara
1)      Mula-mula, panaskan minyak (3 sudu besar), kemudian, goreng daging dan kentang dengan api yang besar dalam 3-4 minit. Lepas tu, masukkan bawang.
2)      Then, masukkan kicap sikit.
3)      Tuang serbuk black pepper tu dlm bekas, dan kacau dalam air panas, supaya dia tak berketul nanti bila tuang dalam periuk.
4)      Tuang air black pepper yang dibancuh tadi ke dalam periuk. Kacau kacau kacau beberapa minit. Masukkan mix vege / brocolli ikut masing-masing2.
5)      Test rasa dulu, bila dah okay, bolehlah tutup api. Kalau ada rasa kurang pekat ke, masak lama sikit. Kalau pekat sangat pulak, tambah lah air sikit. Adjust pandai2.
6)      Okay. Dah siap dah! Selamat makan! ^_^

Resepi 2 : Meggi Goreng

~Meggi goreng~

 

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1) 5 paket meggi kari
2) 2 keping dada ayam - potong dadu
3) 4 ulas bawang putih
4) 2 sb serbuk kari
5) kicap manis secukupnya
6) kicap ikan secukupnya
7) air
8) 2 biji cili api
9) sayur (kobis,tomato & etc)
10) bawang goreng & daun bawang
11) garam & gula
12) sedikit pucuk - remdam dulu bg lembut *optional je ni,xletak pn xpe*

Cara-cara
1.    Tumis bawang putih hingga wangi dan biarkan sampai ayam masak.
2.    Tambahkn  perencah, air, serbuk kari, garam, gula, lada, pucuk dan  meggi (patahkan 2). Masak hingga meggi lembut.tambah air bila perlu
3.    Masukkan sayur kobis dan kicap..perasakan lagi kalau xcukup manis masin sume 
4.    Dah siap ble la hias dengan daun bawang,bawang goreng,limau nipis.

Resepi 1 : Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan ( 2-3 orang)
Ø  1/2 ekor Ayam
Ø  1 1/2 inch halia
Ø  2-3 Ulas bawang putih
Ø  1 sb jintan manis (Jintan Besar)
Ø  3-4 cili padi hijau (terpulang kepada tahap kepedasan masing2)
Ø  1/2 inch kunyit
Ø  6 sb Kicap Manis
Ø  2 sb sos tiram
Ø  2 sb sos cili
Ø  1 biji bawang holland dipotong bulat (guna yg jenis ni sbb rasa nye manis berbanding bawang bombay)
Ø  2-3 biji cili merah utk hiasan (tp optional sekiranya x cukup pedas)
Ø  minyak utk menumis
Ø  garam
Ø  gula

Cara-cara
1.       Potong kan ayam kecil-kecil lebih kurang 2 inch)..basuh..toskan air..kemudian ketepikan.
2.       Sediakan bahan untuk perapan.. - Satukan cili hijau, kunyit, halia, jintan & bwg putih (tumbuk , nk blend pun bole)
3.       kemudian masukkan bahan perapan td kedalam ayam yg siap ditos td..perap kan selama 15 - 30 minit
4.       panaskan minyak, masukkan ayam yg telah siap diperap td
5.       kemudian masukkan kesemua bahan2 sos td.jika terlalu pekat.blh masukkan sedikit air.
6.       Kemudian masukkan cili merah (terpulang kpd anda sama ada nk potong or nk masuk sebiji2) saya masukkan sebiji2.bila nk tmbh pedas picit je cili tu..
7.       perasakan..garam,gula, aji (saya x pakai aji sbb sos tiram tu dh berperisa)
8.       Last sekali..masukkan bawang yang telah dihilis bulat td..masak la sehingga layu sedikit..lepas tu blh la di angkat & di hidangkan
9.       Selamat mencuba

Sabtu, 20 September 2014

Assignment... Assignment... Assignment...


     "Allahu, Allahu, janganlah Kau uji aku dengan ujian yang tak dapat aku tanggung". Kini, saya sudah memasuki alam pembelajaran yang baru, di mana kini saya perlu lebih tekun dalam pembelajaran. 

     Saya tidak kuat sekiranya saya berfikir yang saya lemah! Jadi, saya berpegang pada kalam Allah dalam kitab-Nya yang suci, dalam Surah al-Baqarah ayat 286 yang membawa maksud:

          "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

     Oleh itu, saya harus tabah menghadapi segalanya-galanya.Kini, tidurku juga tak menentu, lebih-lebih lagi 'minggu assigement' ini. Waktu malam di IPG kelihatan seperti waktu siang. Semua Siswi Pendidik tekun siapkan assigement. Akhirnya, mata siswi pendidik menjadi 'mata panda',0_0

     Setiap penyakit ada penawarnya, jadi kalau tetiba datang penyakit malas dan ketandusan idea untuk mengarang, diriku sendiri mempunyai penawar tersendiri, antaranya:

1)Saya akan mohon pertolongan daripa Yang Selayaknya,iaitu berdoa pada Yang Esa.


2)Sayaakan menelefon ibu dan ayahku untuk menjadi teman bercerita supaya sedikit sebanyak bebanan dan tekanan terasa hilang begitu sahaja.


3)Saya akan merenung gambar adik-beradikku. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu dan bermuhasabah untuk berjaya seperti mereka semua.


4)Saya akan menonton cerita-cerita yang menarik tetapi cara keempat ini agak kurang elok diamalkan kerana cara ini akan mengakibatkan saya agak membuang masa.

Jumaat, 19 September 2014

Ayuh, Belajar Membaca Menggunakan Lagu

Membaca adalah satu perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak boleh membaca, kemungkinan besar dia akan ditipu dalam sebarang aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, didiklah dan ajarlah anak membaca sejak kecil lagi.

JOM BELAJAR MEMBACA MENGGUNAKAN LAGU!
Pasti lagi seronok.

Bagaimanakah proses membaca berlaku?



Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman  tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada  bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut  perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan  seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

a.     Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

- Melibatkan 2 deria iaitu deria penglihatan dan deria pendengaran.
Deria penglihatan - Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan  disalurkan ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar.  Bagi individu yang bermasalah penglihatan  (buta)   deria penglihatan akan  digantikan  dengan  deria sentuhan.
Deria pendengaran - Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan  baik mesej yang diterima supaya  ia dapat menghasilkan  semula mesej itu  dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah pendengatan.


 b.      Membaca sebagai proses pengamatan

- Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca  indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan  pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal  dengan  tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan  bunyi-bunyi dan juga makna.  Pengamatan dalam bacaan adalah seperti (1) mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan, (2)  “figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak, (3)  ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar, dan (4)  turutan, iaitu seperti memahami  giliran dan  urutan.


c.      Membaca sebagai satu proses bahasa

- Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis.  Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka  melalui sistem lambang-lambang tulisan yang  mereka cipta.



d.      Membaca adalah satu proses kognitif

- Membaca  bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses  kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi  kemajuannya dalam  membaca.

Apakah yang Dimaksudkan Dengan Bacaan?

Terdapat banyak definisi yang boleh menjelaskan maksud bacaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, telah mendefinisikan bahawa istilah bacaan adalah sebagai bahan yang digunakan untuk dibaca, cara seseorang itu membaca dan mengaitkan tentang hasil yang dapat daripada pembacaan seseorang terhadap sesuatu yang dibaca.

Menurut Harris dan Sipay (1980), ia menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang  bercetak atau bertulis.

Manakala Kenedy (1981), pula mendefinisikan bacaan sebagai  keupayaan  seseorang untuk mengecam  bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan  bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,  dan seterusnya  berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.

Jadi kesimpulanya, membaca boleh dirumuskan bahawa satu proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Haris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengencam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsir maksudnya.

Khamis, 18 September 2014

Merekalah Jantung Hatiku

"Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.” 


Nama ayahku Tengku Md Fauzi bin Tg. Mahmood. Dilahirkan pada 22 Mei 1962 di Kampung Shukor, Dungun. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Shukor. Seterusnya menyambung ke Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah. Akhirnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Johor. Kini, ayahku merupakan seorang Guru Pemulihan Khas di Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun.


Ibuku bernama Wan Hindon binti Wan Abdullah. Dilahirkan pada 22 April 1962 di Kampung Kelulut, Marang. Anak ke-5 daripada lapan orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kelulut. Seterusnya menyambung ke Sekolah Menengah Agama Marang dan Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah. Kini, ibuku merupakan seorang Guru Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun.


Kini, aku ingin mengorak langkah untuk mengikuti jejak langkah ibu bapaku menjadi sebahagian daripada warga pendidik yang akan melahirkan anak bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Rabu, 17 September 2014

Cara-cara Melukis Versi Penggunaan Komputer

Wah, melukis bukan sekadar menggunakan pensel sahaja! Bahkan menggunakan kompter juga boleh. Antara aplikasi yang digunakan ialah Sai Paint. Jom tonton beberapa tutorial:

Tutorial 1 : Cara-cara buat "DOODLE" 




Tutorial 2 : Cara-cara buat "WANITA BERTUDUNG"


Cara-cara Melukis Versi Lukisan Tangan

Melukis bukan suatu yang mudah bagi seseorang yang langsung tidak mempunyai ilmu tentang cara melukis tetapi belajar itu mudah! Jom pelajari cara-cara melukis:

1) Lukisan yang SIMPLE,,,


2) Kartun ANIME komik,,,


3) Muka KUCING,,,

Selasa, 16 September 2014

Media Lukisan

Pensel

1.Dibuat daripada arang dan tanah liat.
2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

pensel mempunyai pelbagai saiz

saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza

Contoh lukisan pensel

Contoh lukisan pensel




Arang

1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.

4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

arang yang digunakan untuk melukis

arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian

Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran

Kesan lorekkan daripada arang

Hasil karya daripada media arang

Hasil karya lukisan media arang



Media Pen dan ink


1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza

3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci



Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan

Pen teknikal mempunyai pelbaga saiz

Pen kaligrafi juga mempunyai pelbagai saiz

lukisan media pen

Lukisan pen menggunakan teknik titik



Media Pastel

1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal


Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel

Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon

Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret

lukisan media pastel

Lukisan media pastel

Template by:

Free Blog Templates