Isnin, 29 September 2014

Refleksi GKB 1053

                  Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurnianya, dapat saya menyiapkan satu tugasan subjek Kemahiran Belajar (GKB 1053) di bawah bimbingan pensyarah daripada Jabatan Teknologi Pendidikan iaitu Encik Hamzah bin Dollah. Melalui Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), saya dan rakan-rakan saya perlu menyiapkan lapan tugasan daripada subjek-subjek yang berlainan. Alhamdulillah pada 5 September 2014, saya dapat menyelesaikan tugasan-tugasan daripada subjek GKB1053 iaitu penyediaan blog dan penghasilan grafik dengan jayanya. Walaupun saya tersepit dengan tujuh tugasan yang lain, namun berbekalkan semangat yang cekal dan bimbingan daripada pensyarah dan rakan-rakan tugasan ini dapat diselesaikan.
            Pada 1 Julai 2014, saya dan rakan-rakan di bawah unit Pendidikan Pemulihan PPISMP memulakan kuliah dengan subjek Kemahiran Belajar di dalam sebuah kelas yang berada di tingkat tiga bangunan Anjung Budiman, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Kami dimaklumkan bahawa subjek ini mempunyai tiga jam kredit iaitu satu jam pada hari Selasa dan dua jam pada hari Khamis. Subjek ini lebih menekan kepada kemahiran-kemahiran generik yang perlu diperkembangkan di pusat pengajian tinggi seperti Institusi Pendidikan Guru. Antara kemahiran generik yang mesti ditekankan ialah kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran mentafsir dan menilai serta kemahiran teknologi maklumat. Kemahiran teknologi maklumat kini sangat penting untuk dipelajari sejajar dengan arus kemodenan yang dicapai oleh negara kita. Terdapat beberapa kebaikan yang saya peroleh sepanjang saya mempelajari subjek ini dan menyiapkan tugasan ini.
                Antaranya, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dalam subjek ini terdapat sembilan bab yang terdiri daripada Pengenalan Kemahiran Belajar, Pengurusan Pembelajaran, Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat, Teknik Membaca, Kemahiran Mengambil Nota dan Membuat Nota, Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis, Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer, Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Penyesuaian Sosial. Bab-bab ini sangat berguna untuk saya sebagai seorang guru pelatih dalam menimba ilmu pengetahuan. Namun begitu, sesetengah bab dalam subjek ini mengelirukan saya dengan perkataan-perkataan yang belum pernah saya jumpai. Contohnya, ‘mnemonik’, ‘perkhidmatan indeks dan abstrak’ dan ‘skimming’. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk berbincang dengan rakan-rakan dan berjumpa dengan pensyarah untuk membuat sedikit rujukan.
               Selain itu, saya dapat memudahkan proses pembelajaran. Teknik-teknik dalam subjek ini banyak berkisar kepada teknik untuk memudahkan seseorang pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan memudahkan proses mengingat. Contohnya, dalam bab Teknik Membaca, saya dapat membezakan antara skimming dan scanning dalam teknik pembacaan cepat. Selain daripada itu, saya juga dalam menggunakan ilmu berkenaan cara membuat nota dalam bab Kemahiran Mengambil Nota dan Membuat Nota seterusnya membentuk nota menggunakan pengetahuan berkaitan alat-alat berfikir dalam membuat nota. Namun begitu, masa yang sangat padat dalam aktiviti harian saya sebagai seorang guru pelatih membatas saya mengaplikasikan teknik-teknik ini dalam pembelajaran saya seperti menghasilkan nota yang sempurna menggunakan teknik-teknik. Oleh itu, saya telah membina jadual belajar dengan mengkhususkan masa saya untuk membaca dengan betul dan membuat nota dengan baik.
    Di samping itu, saya dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan komputer. Tugasan-tugasan yang perlu saya siapkan banyak melibatkan penggunaan aplikasi dalam komputer seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office PowerPoint, Microsoft Office Publisher dan Microsoft Office Excel   Dalam subjek ini, pensyarah saya banyak mendedahkan ilmu dan pengetahuan berkaitan penggunaan aplikasi dalam komputer dengan betul. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang celik IT menyebabkan saya sering berasa risau dan takut untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan dengan sempurna. Namun, setelah diberikan pendedahan yang baik dan mantap oleh Encik Hamzah saya berasa yakin dan lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi dengan kreatif dan menarik. Oleh itu, saya sering berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya berkaitan penggunaan aplikasi dalam komputer supaya memudahkan kerja-kerja saya yang akan datang.
        Seterusnya, saya dapat memupuk semangat berpasukan. Dalam mempelajari subjek ini, pensyarah saya telah membahagikan saya dan rakan-rakan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membuat pembentangan berdasarkan bab-bab yang diperoleh dalam kumpulan masing-masing. Bagi pembentangan pertama, saya mendapat bab tiga iaitu Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat. Antara ahli kumpulan saya ialah Nurhayati Fadila binti Ghani dan Siti Munirah binti Mustapha. Bagi pembentangan kedu pula, saya mendapat tajuk kecil dalam bab lima iaitu cara membuat nota dan alat-alat berfikir dalam membuat nota dan ahli kumpulan saya ialah Asyiah binti Zolkipli. Namun begitu, dalam membuat kerja berpasukan saya mengalami sedikit masalah seperti kekangan masa untuk berbincang. Oleh itu, saya dan ahli pasukan saya akan merancang masa dengan betul untuk berkumpul dan berbincang bagi menyiapkan tugasan diberi.
       Tambahan pula, saya dapat membina perasaan yakin di hadapan khalayak umum. Setelah menyiapkan tugasan dalam berpasukan, saya dan rakan saya perlu melakukan pembentangan di hadapan kelas. Saya merupakan seorang yang malu dan kurang yakin untuk bercakap di hadapan khalayak umum. Namun, apabila membuat pembentangan beramai-ramai bersama ahli kumpulan, saya mendapat keyakinan untuk melontarkan suara saya. Saya juga akan membuat penyelidikan dan pembacaan yang menyeluruh berkaitan tajuk yang akan dibentangkan supaya saya berasa lebih bersemangat dan yakin kerana saya tahu isi-isi yang akan saya bentangkan. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mendapat motivasi daripada rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah saya. Hal ini kerana saya merupakan seorang guru pelatih yang akan mengajar murid-murid di hadapan kelas.
               Akhir sekali, saya menjadi pandai menghasilkan blog dan penghasilan grafik. Dalam tugasan ini, saya perlu menyediakan sebuah blog dan sebuah penghasilan grafik. Selama ini tidak terlintas di fikiran saya untuk menghasilkan sebuah blog. Hal ini kerana, saya kurang menceburi bidang IT ini. Dalam penghasilan grafik pula, saya sering menghasilkan grafik yang kurang menarik. Oleh tu, Encik Hamzah telah mengajar saya berkaitan ilmu asas untuk menghasilkan blog. Setelah itu, saya dan rakan-rakan meneroka dan berkongsi ilmu untuk menghasilkan blog yang sangat menarik seperti  memasukkan lagu dan memasukkan gadjet-gadjet yang comel dan menarik. Encik Hamzah juga telah mendedahkan kepada saya tentang cara-cara menghasilkan pengurusan grafik menggunakan Slide Master  dan Hyerlink. Selain itu, beliau juga mengajar cara-cara memasukkan audio dan video dengan menukarkan audio dan video itu terlebih dahulu menggunakan aplikasi Format Factory dan Audacity 1.3 Beta.


Ahad, 28 September 2014

Akhirnya, Selesai Jua!

Alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillh.
Akhirnya, saya dan sahabat saya Asyiah binti Zolkipli selesai menyiapkan tugasan subjek Kemahiran Belajar (GKB1053) dibawah bimbingan Encik Hamzah bin Dollah.
Kami perlu menyiapkan satu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Kami perlu menggunakan semua ilmu yang telah diajar oleh Encik Hamzah seperti Hyperlink, Slide Master, masukkan audio dan video ke dalam tugasan saya.









 

Isnin, 22 September 2014

Resepi 3 : Daging Black Pepper

Daging Black Pepper 


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
 Daging 500gm (dihiris nipis)
 Sebiji kentang (dihiris nipis jugak, tapi jgn la nipis sgt)
 Mix vege atau broccoli (sayur nak tambah seri)
 Bawang (dihiris tak lah nipis sgt, tebal sikit dari daging)
 Minyak masak (wajib ada)
 Serbuk Black Pepper dari Maggi
 Kicap manis cap kipas udang (cap tamin pun ok je)

Cara-cara
1)      Mula-mula, panaskan minyak (3 sudu besar), kemudian, goreng daging dan kentang dengan api yang besar dalam 3-4 minit. Lepas tu, masukkan bawang.
2)      Then, masukkan kicap sikit.
3)      Tuang serbuk black pepper tu dlm bekas, dan kacau dalam air panas, supaya dia tak berketul nanti bila tuang dalam periuk.
4)      Tuang air black pepper yang dibancuh tadi ke dalam periuk. Kacau kacau kacau beberapa minit. Masukkan mix vege / brocolli ikut masing-masing2.
5)      Test rasa dulu, bila dah okay, bolehlah tutup api. Kalau ada rasa kurang pekat ke, masak lama sikit. Kalau pekat sangat pulak, tambah lah air sikit. Adjust pandai2.
6)      Okay. Dah siap dah! Selamat makan! ^_^

Resepi 2 : Meggi Goreng

~Meggi goreng~

 

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1) 5 paket meggi kari
2) 2 keping dada ayam - potong dadu
3) 4 ulas bawang putih
4) 2 sb serbuk kari
5) kicap manis secukupnya
6) kicap ikan secukupnya
7) air
8) 2 biji cili api
9) sayur (kobis,tomato & etc)
10) bawang goreng & daun bawang
11) garam & gula
12) sedikit pucuk - remdam dulu bg lembut *optional je ni,xletak pn xpe*

Cara-cara
1.    Tumis bawang putih hingga wangi dan biarkan sampai ayam masak.
2.    Tambahkn  perencah, air, serbuk kari, garam, gula, lada, pucuk dan  meggi (patahkan 2). Masak hingga meggi lembut.tambah air bila perlu
3.    Masukkan sayur kobis dan kicap..perasakan lagi kalau xcukup manis masin sume 
4.    Dah siap ble la hias dengan daun bawang,bawang goreng,limau nipis.

Resepi 1 : Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan ( 2-3 orang)
Ø  1/2 ekor Ayam
Ø  1 1/2 inch halia
Ø  2-3 Ulas bawang putih
Ø  1 sb jintan manis (Jintan Besar)
Ø  3-4 cili padi hijau (terpulang kepada tahap kepedasan masing2)
Ø  1/2 inch kunyit
Ø  6 sb Kicap Manis
Ø  2 sb sos tiram
Ø  2 sb sos cili
Ø  1 biji bawang holland dipotong bulat (guna yg jenis ni sbb rasa nye manis berbanding bawang bombay)
Ø  2-3 biji cili merah utk hiasan (tp optional sekiranya x cukup pedas)
Ø  minyak utk menumis
Ø  garam
Ø  gula

Cara-cara
1.       Potong kan ayam kecil-kecil lebih kurang 2 inch)..basuh..toskan air..kemudian ketepikan.
2.       Sediakan bahan untuk perapan.. - Satukan cili hijau, kunyit, halia, jintan & bwg putih (tumbuk , nk blend pun bole)
3.       kemudian masukkan bahan perapan td kedalam ayam yg siap ditos td..perap kan selama 15 - 30 minit
4.       panaskan minyak, masukkan ayam yg telah siap diperap td
5.       kemudian masukkan kesemua bahan2 sos td.jika terlalu pekat.blh masukkan sedikit air.
6.       Kemudian masukkan cili merah (terpulang kpd anda sama ada nk potong or nk masuk sebiji2) saya masukkan sebiji2.bila nk tmbh pedas picit je cili tu..
7.       perasakan..garam,gula, aji (saya x pakai aji sbb sos tiram tu dh berperisa)
8.       Last sekali..masukkan bawang yang telah dihilis bulat td..masak la sehingga layu sedikit..lepas tu blh la di angkat & di hidangkan
9.       Selamat mencuba

Sabtu, 20 September 2014

Assignment... Assignment... Assignment...


     "Allahu, Allahu, janganlah Kau uji aku dengan ujian yang tak dapat aku tanggung". Kini, saya sudah memasuki alam pembelajaran yang baru, di mana kini saya perlu lebih tekun dalam pembelajaran. 

     Saya tidak kuat sekiranya saya berfikir yang saya lemah! Jadi, saya berpegang pada kalam Allah dalam kitab-Nya yang suci, dalam Surah al-Baqarah ayat 286 yang membawa maksud:

          "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

     Oleh itu, saya harus tabah menghadapi segalanya-galanya.Kini, tidurku juga tak menentu, lebih-lebih lagi 'minggu assigement' ini. Waktu malam di IPG kelihatan seperti waktu siang. Semua Siswi Pendidik tekun siapkan assigement. Akhirnya, mata siswi pendidik menjadi 'mata panda',0_0

     Setiap penyakit ada penawarnya, jadi kalau tetiba datang penyakit malas dan ketandusan idea untuk mengarang, diriku sendiri mempunyai penawar tersendiri, antaranya:

1)Saya akan mohon pertolongan daripa Yang Selayaknya,iaitu berdoa pada Yang Esa.


2)Sayaakan menelefon ibu dan ayahku untuk menjadi teman bercerita supaya sedikit sebanyak bebanan dan tekanan terasa hilang begitu sahaja.


3)Saya akan merenung gambar adik-beradikku. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu dan bermuhasabah untuk berjaya seperti mereka semua.


4)Saya akan menonton cerita-cerita yang menarik tetapi cara keempat ini agak kurang elok diamalkan kerana cara ini akan mengakibatkan saya agak membuang masa.

Jumaat, 19 September 2014

Ayuh, Belajar Membaca Menggunakan Lagu

Membaca adalah satu perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak boleh membaca, kemungkinan besar dia akan ditipu dalam sebarang aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, didiklah dan ajarlah anak membaca sejak kecil lagi.

JOM BELAJAR MEMBACA MENGGUNAKAN LAGU!
Pasti lagi seronok.

Template by:

Free Blog Templates